Thursday, May 5, 2011

merendah diri itu perlu

assalamualaikum :)

tetba rasa nak mncoret tentang merendah diri
kenapa? entah! mungkin itu satu sikap yg susah kita nak prktikkan dlm hidup..
aku? seriously, aku pun kadang2 terover diri (astaghfirullahhal azim!) moga Allah mgampunka dosa2 aku

payah kan nak didik diri kita ni selalu merendah diri?

kenapa?

satu soalan yg aku pun tader jawapan..

hampa ada jawapan?

rendah diri ni satu sifat mahmudah yg agak susah + payah nak dimilik oleh semua orang.
apa?kau selalu merendah diri?
ohh! kau memag hebat! salute sama kau..ada tips nk kasi sama aku?



apa yg boleh aku cakapkan, nak dapatkan sifat merendah diri tertnam dlm diri kita ni umpama memiliki lelaki/perempuan yg berakhlak mulia and cantik/hensem sudah semestinya kann? hampa taknak ka? rugi laa..alaa2..mesti nak kan?haha tgok dah angguk! bgus..mengaku pun. :P
mestilah apa yg kita nak tu tak mudah2 ja nak dapat kan?mesti lah ada onak duri, dugaan halangan, mana nak bersaing lg dgn orang2 lain kan.dah orang yg kita nak tu berkualiti.. kalau yg senang dapatkan org yg macam tu tnpa perlu byk berusaha, bersyukurlah dia..Allah permudahkan urusan dia. itu nikmat dan rahmat dri Allah!
tapi, buat yg susah nak dapat ni tentu ada hikmah dan rahsia yg tersembunyi..

sama jugak la konsep lelaki/perempuan yg baik ni dgn sikap merendah diri.

ada paham?

merendah diri mesti dan wajib kerana ALLAH, bukan kerana manusia bukan kerana pujian

dan aku ada belajar tentang merendah diri..macammana nak terapkan dalam diri
ayuh sahabat2..kita cuba termasuk la aku..

bila kita tetba ja rasa mcm nak terover, berselawatlah ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W. 
kita kena ingat : Allah akan berselawat 10  kali ke atas hambanya yang berselawat ke atas Baginda s.a.w. sebanyak 1 kali. Ini baru ganjaran bagi 1 selawat. Bagaimana agaknya kalau kita berselawat dalam bilangan yang banyak? Tentu banyak fadhilat yang kita dapat.



Pabila datang suara perasaan dalam jiwa /diri/hati kita maka lawanlah perkara tersebut dengan menyandarkannya kepada pihak lain. Agar apa  yang dibanggakan oleh kita itu nampak 'lekeh' atau 'tak setaraf' dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Macam mana perkara itu? Macam ini..


Datang  bisikan perasaan :"aku ini hansome/cantik... tentu ramai yang menaruh perasaan terhadap aku". 
Bila berhadapan dengan perasaan macam itu, cepat-cepatlah lawan! Begini..

Kita lawan dengan suara hati/jiwa :"ada lagi orang yang lebih hansome/cantik dari aku. Siapalah sangat aku ini....".  

Maksudnya kita cuba alihkan apa yang kita banggakan itu kepada pihak lain yang lebih layak memiliki perkara tersebut. Contoh terdekat macam ini.. 

aku kuat?tapi ada orang lagi kuat dari aku
aku pandai?tapi ada lagi orang yg pandai dari aku
aku segak?kiut?miut?comei?hensem?tapi ada lagi orang yg segak,kiut,miut,comei,hensem dari aku
aku baik?tapi ada lagi orang yg lebih baik dari aku
aku perfect?tapi bukan ka semua orang kat dunia ni tak sempurna




kita melawan suara bisikan dalam diri /jiwa kita yang cenderung untuk memuji diri dengan menyandarkan semua sifat-sifat tersebut kembali kepada Allah jua. Ini hak Allah . Itu hak Allah.
Contohnya apabila datang suara bisikan seperti:" Aku ini kuat,aku ini handsome, aku ini cantik , aku ini cerdik, aku ini... tahu itu ini, masyarakat hormat aku, aku orang penting, aku orang penyantun, bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja dan lain-lain suara bisikan" maka cepat-cepatlah kembalikan semua sifat-sifat itu kepada Allah. 


ingat tak sifat-sifat ALLAH? mesti la tau kan? alhamdulillah. :)


cuba kita renungkan ayat-ayat ni ::


  • Kita kata kita kuat tapi sebenarnya.. Kekuatan itu milik Allah dan Allah lebih perkasa dari makhluk.
  • Kita kata kita handsome/cantik tapi sebenarnya..  Handsome/cantik itu hak Allah dan Allah bersifat dengan cantik mengatasi kecantikan manusia
  • Kita kata kita cerdik/pandai tapi sebenarnya.. Allah lebih mengatasi segala ilmu aku dan ilmu yang aku miliki hanyalah ibarat debu halus yang berada bumi yang luas.
  • Kita kata: Aku ni berakhlak mulia tapi sebenarnya.. Akhlak aku ini adalah pemberian Allah dan Kekasih Allah iaitulah Baginda s.a.w. adalah lebih tinggi akhlaknya dari umatnya. Jauh beza antara aku dan Rasulallah s.a.w.  






p/s : semoga kita cuba sedaya upaya tanamkan sifat merendah diri dalam setiap perbuatan yg kita buat..peringatan untuk diri aku sendiri dan semua :) peace! ^^

6 comments:

anum_taec said...

i like this one ten..
^_^

faten suhaida said...

hahaha..
thnks sayang!:P
aku tgh try ni..^^

nelly said...

nice ..like3 !!

ain nadzirah said...

info yg mudah difahami. sedang cuba utk merendah diri

suka sgt!

faten suhaida said...

nelly :
hahaha :D thanks!

faten suhaida said...

ain :
meh kita sama2 cuba praktikkan :D