Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

selamat hari lahir



Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu. 
Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kamidari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. 
Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. 
Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.

Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak  kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.
Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkahi usia kita]


Sunday, May 8, 2011

hamba Allah yang hebat!

assalamualaikum :)



entry sempena HARI IBU 
(cadang tu tanak dah buat entry arini tapi bila aku dgr radio je tdi, ada segmen plak wish2 hari ibu ni..aku terasa pulak nak tulis sikit pasal ibu)


aeman : buatmu ibu

lepas dengar lagu ni apa yg hampa (korang) rasa?
sedih kan? 






aku selalu dengar lagu ni setiap kali pegi mana2 kem motivasi masa sekolah dulu.
setiap kali dengar tu mesti la nangis meraung2..
rasa mcam dah tak nak buat dosa ngn mak lagi, tak nak buat mak sedih lagi, nak jadi anak solehah!

tapi yang sedihnya, lps abis je kem tu..lupa abis apa ikrar yg dibuat masa dengar lagu tu!
ouhhh! berdosanya aku.
mak, orang mintak maaf tau salah orang selama ni dgn mak :(

tapi sekarang aku tengah berusaha nak jadi anak yg baik bukan utk mak saja tapi jgk utk ayah!

kalau kita tak jadi anak soleh/solehah, kesian mak ayah kita kan? ternanti2 doa dri anak-anak

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu" 
(surah Luqman, 13 : 14)



doa utk mak sempena hari ibu :

  • semoga Allah ampunkan segala dosa mak,diberi rezeki yg halal dan berkat,hidup mak di dunia ni mdapat keredhaan dari Allah, semoga Allah beri tempat yg terbaik utk mak di akhirat nanti, semoga mak diberi kesihatan yg berpanjangan. mak! sayang mak!


dah siap taip? nak pegi kiss mak jap..HAHAHA~



p/s: ayah jangan kecik hati tau..kita bagi peluang utk mak dulu..hehe nanti kita sambut hari bapa pulak! tiap2 hari kita doa utk mak dan ayah.. :)
eh?dah habis baca? moh le kita kiss ibu kita..cepat.cepat! :)