Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, April 25, 2011

kecewa akibat cinta


salam.. =)

semua yg bercinta tentunya mengharapkan hubungan yg dicipta tu berkekalan kan?
aku pun mcm tu jgk..hehe mesti lah kan? xkan ada yg suka bila bercinta tup.tup.putus!
haiiihhs! xmau la mcm tu..
yg berkahwin pun nak rumahtangga yg berkekalan hingga ke mati.

tapi, ada satu artikel yg agak buat aku terkejut la



Laporan oleh saintis Amerika mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita 
selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing 
boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri dan tidak dapat 
dikesan oleh pengimbas otak







wahhh! hebat kan penangan cinta ni..


kalau nak baca lagi sila la ke sini




xusah bersedih buat sesiapa yg kehilangan cinta manusia skrg



mungkin ada hikmah disebalik perpisahan ni..
life is God's novel, let HIM write it


mybe Allah nak uji sedalam mana cinta kita kpda Allah berbanding cinta manusia
syukurlah bgi sesiapa yg terselamat dari cinta sebelum berkahwin yg penuh kepura-puraan tu
cinta sebelum berkahwin yg penuh dgn nafsu


cintailah ALLAH SWT sebelum mencintai sesiapa sahaja yg bukn mahram kita


memang tak dinafikan, putus cinta ni sangt laaa menyakitkan..memakan masa yg sangt lama nak pulih balik..
for sure la, lps clash tu hubungn kita dan sebelah pihak lagi tu xakan baik seperti masa kita berkawan dgnnya dulu..







so kesimpulannaya :


bagi sesiapa yg xbercinta lagi tu.. TAHNIAH! memang pandai jaga diri la hampa ni.. Allah lindungi hati hampa dari cinta yg penuh nafsu itu..
Allah tak akan biarkan perempuan or lelaki yg disayanginya n dicintaiNya disentuh oleh cinta yg bukn cinta sebenar untuknya..
and, yg xbercinta tu(couple bgi remaja mcm aku ni..hehe agak terlalu strong perkataan cinta buat remaja mcm aku ni) xpayahlah couple lagi..


 Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.
Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?
Teruskan mengejar kejayaan. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.
Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara diri dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.(surah Al-Ahzab:35)


p/s: jangan ingat aku dah lama tak update sebab frust putus cinta pulak yeee!! aku punya line internet ni merajuk apa tah..tekemut-kemut..slow gila..dah la sebelum tu tak dapat2 pun..nak kata aku tak bayar..ishh! dah bayar la buln ni.haihhsss! saja ja tau internet ni wat bgi aku geram kat TM..

perasaan aku sejak internet ni duk auu cak ngn aku




Monday, April 4, 2011

dari adam utk hawa












Cemburu kulihat sang pungguk memadu rindu dengan sang bulan.Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan.Cemburu juga aku pada si belangkas yang hidup berkasih-sayang.Tapi aku terus kepiluan.Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.

Aku terbang bebas dalam duniaku.Ibarat sang helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur,berani.Ku ibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki.Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan,tanpa ada tembok yang membatasi,tanpa ada dinding yang menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.

Hawa,
Bukan ku tewas dengan bayu nan kencang.Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan.Namun,andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat,aku tak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku.Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma.Kau tahu Hawa,aku jadi derita.

Hawa,
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.Ku bawa bersama dalam kepayahan.Kau memarahiku kerana egoku.Kau leteri semahumu.Tanpa kau dengan kalamku.Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan.Kerana ego mencipta kariisma dan kewibawaan.Namun,tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan,agar ku tetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang terbilang.Tapi,tafakurku sejenak di pepohinan,kenapa kau tidak lagi menjadi hawa yang dulu??


Hawa,
Ku sedar,kehadiranmu kupinta di syurga keran ku akur tiada nikmat yang boleh menandingi keistimewaanmu.Kau diciptakan indah,bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dada untuk dilindungi,dekat pula dengan hati untuk disayangi.
Hawa,

Dulu,kuperlukanmu sebagai teman berbudi.Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi.Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabah diri.Tapi,kini keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti.Kau tamil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.Kaumku kekaburan,matanya bertelanjang.Hatinya lemas ditelan keasyikkan.Ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!!!Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran???Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaian???Tidakkah kau tahu,tubuhmu yang montok menjadi hidangan enakbuat mata,racun pada jiwa.Aku bisa terhumban keneraka kerananya.Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda,air matamu untuk melemahkan iman.Oh Hawa,aku rindukan Hawa yang dulu!!!Malu,terjaga,terpelihara...

Hawa,
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan.Lantaran itu,ku datang bukan untuk menunjuk cengkamankuku tajam dikaki,bukan juga mengugut dengan paruh berbisa,tapi supaya direnung bersama bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.Dengarlah bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu,sesuci Maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah.Merekalah lambang kemuliaan insan bernama Hawa.

Hawa,
Namamu indah,biarpun dimana,di segenap jiwa,
kaulah ibu,terukir kasih di setiap dada,
kaulah kekasih,dirindui saban ketika,kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata,
kaulah adik,pemberi semangat paling berguna,
kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada,
ketahuilah Hawa,
kau kupuja,
kerana rahim lembutmu melahirkan kaumku yang berhati waja,
kerana ayunan lembut tanganmu,membesarkan aku dengan terjaga,
kerana kewanitaanmu,taman hidup tempat cintaku berbicara,
kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora,
kerana kau adalah hiasan,paling indah dari dunia seisinya.

Maka,kudatang padamu Hawa,membawa ubat dengan penuh cinta.Ubatilah dirimu agar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang bahkan sayapku kibar penuh bangga,mencipta taufan....