Thursday, June 5, 2014

dia

dia mendongak ke langit
mencari ketenangan di sebalik kepulan dan gumpalan awan
bentuk bentuk awan tidak akan sama setiap hari
bentuk awan ciptaan Tuhan
yang membuatkan dia tersenyum sendirian

dia selalu perhati
kumpulan burung burung di petang hari
memberi kedamaian di hati
terbang bersama rakan dan keluarga
bergembira pulang ke sarang

dia selalu lihat
betapa langit terbentang di depan mata itu luas
lihat langit tanpa penghujungnya
birunya memberi ketenangan di sanubari
putihnya mendamaikan hati

dia pandang sekeliling
melihat gelagat manusia yang ratanya berbagai rupa
membuatkan dia tertawa sendiri
ada kalanya mereka bahagia
ada kalannya mereka berduka

namun, senja datang berkunjung
mahu diganti cerah hari ke malam
semua yang dihayati pergi, hilang
lantas di angkat kaki terus berjalan pulang.

-senja di bumi Serdang
05/06/2014

2 comments:

a i m z said...

hi miss faten. :)

faten. said...

hai miss afifah. :D